Ikuti Kami:

Kim Jihoon & Go Wonhee Sah Sertai Siri Romantik Netflix ‘Love Wars’

Kim Jihoon & Go Wonhee Sah Sertai Siri Romantik Netflix ‘Love Wars’

Selepas Yoo Te-o dan Kim Ok-bin disahkan bakal menerajui siri Netflix “Love Wars”, nampaknya ada nama baru yang disahkan bakal menyertainya.

Terbaru, Kim Ji-hoon dan Go Won-hee dilaporkan akan menjadi pelakon sokongan di dalam siri berkenaan.

Kim Ji-hoon akan berlakon sebagai Do Won-joon iaitu CEO di agensi yang dinaungi Nam Kang-ho (Yoo Te-o) yang melupakan impiannya untuk menjadi pelakon namun berjaya membina syarikat hiburan yang gah. Kemudiannya dia bertemu dengan Shin Na-eun yang hanya mengambil tahu mengenai pelakon di bawah agensinya sahaja.

Shin Na-eun akan dihidupkan oleh Go Won-hee, di mana dia merupakan rakan baik dan rakan serumah Yeo Mi-ran (Kim Ok-bin). Tidak seperti rakannya yang sukar percayakan lelaki, Shin Na-eun jatuh cinta dengan sekelip mata apabila bertemu dengan lelaki kacak. Keduanya akan menampilkan keserasian yang membuatkan hati berbunga-bunga apabila hati si lelaki mula berdegup walaupun kebal terhadap wanita sebelum ini dan si wanita yang jatuh cinta pada pandangan pertama.

yoo taeoh kim okbin

Untuk pengetahuan, “Love Wars” ialah sebuah komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik berantaman sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Terujanya nak lihat gandingan Kim Ok-bin dan Yoo Te-o serta Kim Ji-hoon dan Go Won-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...