Ikuti Kami:

Kim Jieun Kongsi Terima Hadiah Hari Jadi 2 Tahun Berturut Dari Namgoong Min

Kim Jieun Kongsi Terima Hadiah Hari Jadi 2 Tahun Berturut Dari Namgoong Min

Mesti ramai yang tengah seronok tonton gandingan Namgoong Min bersama Kim Ji-eun dalam drama “One Dollar Lawyer” sekarang, kan?

Bagi yang belum tahu, “One Dollar Lawyer” ialah kerjasama ketiga Kim Ji-eun bersama Namgoong Min untuk sebuah drama, selepas pernah bergandingan dalam “Doctor Prisoner” dan “The Veil”. Nampaknya, keserasian mereka memang disukai ramai.

Terbaru pada 20 Oktober, Kim Ji-eun telah berkongsi foto hadiah yang diterimanya daripada Namgoong Min, sempena hari jadinya.

kim jieun namgoong min

Pelakon itu meluahkan rasa syukurnya dengan menulis,

Saya bertuah kerana menerima hadiah hari jadi daripada senior saya selama 2 tahun berturut-turut. Saya akan memakainya dengan baik.

Sekadar info, “One Dollar Lawyer” yang sedang bersiaran di Disney+ kini, membawa kisah tentang seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal.

So sweet la Namgoong Min ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...