Ikuti Kami:

Kim Hyeyoon Dilamar Jadi Heroin ‘Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi’ Disamping Ok Taecyeon

Kim Hyeyoon Dilamar Jadi Heroin ‘Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi’ Disamping Ok Taecyeon

Sedang sibuk dengan penggambaran drama “Snowdrop”, nampaknya ada tawaran lakonan baru buat Kim Hye-yoon.

Menurut laporan media, pelakon wanita yang sedang meningkat naik itu dilamar untuk menerajui drama “Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi” di samping Ok Taec-yeon.

Drama ini membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah. Ra Yi-eon (Ryan) ialah pegawai termuda dalam organisasi tersebut selepas menduduki tempat pertama dalam peperiksaan kebangsaan. Dia merupakan seorang lelaki yang memiliki sepasang mata yang menawan namun tidak mempunyai impian mahupun keinginan untuk masa hadapan.

kim hyeyoon

Masih dalam perbincangan, sekiranya Kim Hye-yoon menerima tawaran ini, dia akan melakonkan watak Kim Jo-yi iaitu seorang wanita yang kuat dan lantang pada zaman konservatif di abad ke-17. Wanita itu merupakan seorang yang sangat realistik dan lebih matang daripada zamannya di mana dia berpendirian, ‘penceraian boleh berlaku dalam kehidupan’. Pada zaman wanita langsung tidak mampu bermimpi untuk mengawal dirinya sendiri, Jo-yi digamabrkan sebagai seorang yang kuat melawan kes penceraiannya bagi membuka lembaran hidup yang baru.

Haraplah kedua-dua Ok Taec-yeon dan Kim Hye-yoon menerima tawaran ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...