Ikuti Kami:

Kim Heeae & Seol Kyunggu Sah Terajui Drama Politik ‘The Whirlwind’ Di Netflix

Kim Heeae & Seol Kyunggu Sah Terajui Drama Politik ‘The Whirlwind’ Di Netflix

Nampaknya, Netflix ada drama bergenre politik lagi lah!

Terbaru, Netflix telah mengesahkan bahawa pelakon Kim Hee-ae dan Seol Kyung-gu bakal terajui drama baru berjudul “The Whirlwind”.

Untuk maklumat, siri Netflix “The Whirlwind” mengisahkan tentang konfrontasi antara Perdana Menteri yang mahu menghapuskan kuasa besar yang korup dan Timbalan Perdana Menteri bahagian ekonomi yang mahu menentangnya.

the whirlwind

Dalam drama itu, Seol Kyung-gu akan memainkan watak sebagai Park Dong-ho seorang Perdana Menteri yang mahu menilai presiden yang bersekongkol dengan konglomerat dan mengubah suasana politik.

Seterusnya, Kim Hee-ae memainkan watak sebagai Jeong Su-jin iaitu Timbalan Perdana Menteri bahagian ekonomi. Dia sedang cuba untuk menentang kuasa politik perdana menteri Park Dong-ho.

Namun, tarikh tayangan untuk drama “The Whirlwind” belum diumumkan lagi.

Macam menarik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...