Ikuti Kami:

Kim Goeun Sah Bakal Terajui Drama Adaptasi Webtoon Popular ‘Yumi’s Cell’

Kim Goeun Sah Bakal Terajui Drama Adaptasi Webtoon Popular ‘Yumi’s Cell’

Selepas “The King: Eternal Monarch”, nampaknya Kim Go-eun bakal kembali menghiasi kaca televisyen anda dengan sebuah drama baru.

Pada 31 Disember, disahkan bahawa pelakon wanita itu akan menerajui drama adaptasi webtoon popular iaitu “Yumi’s Cell”. Ia membawa kisah Yumi seorang pekerja pejabat biasa – di mana dapat dilihat sudut pandangan sel otaknya yang mengawal segala fikiran, perasaan dan tindakan.

Kim Go-eun akan melakonkan watak Yumi, seorang wanita biasa yang sukar untuk meluahkan perasaannya. Selepas dia melalui perkembangan dalam dunia cinta dan karier, dia mula belajar untuk mencari kebahagiaan kecil dalam kehidupan seharian.

kim goeun

Pelakon itu turut memberikan komen mengenai kepopularitian webtoon tersebut,

Saya rasa ramai yang sukakan cerita kisah cinta seorang wanita biasa Yumi kerana ia mampu membuatkan orang gelak dan menangis dalam jangka masa yang panjang dek mereka boleh memahaminya. Saya sangat tak sabar untuk melihat perjalanan masa depannya.

Khabarnya “Yumi’s Cell” akan memulakan penggambaran pada separuh awal 2021.

Tak sabarnya nak tengok Kim Go-eun sebagai Yumi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...