Ikuti Kami:

Kim Dongjun Kuarantin Dek Ada Kontak Rapat Pesakit COVID-19, Tayangan Episod Akhir ‘More Than Friends’ Ditunda

Kim Dongjun Kuarantin Dek Ada Kontak Rapat Pesakit COVID-19, Tayangan Episod Akhir ‘More Than Friends’ Ditunda

Disebabkan masalah COVID-19 yang masih serius di seluruh dunia termasuk Korea Selatan, banyak penggambaran drama yang terjejas kerananya.

Salah satu drama yang terjejas ialah “More Than Friends” kerana salah seorang pelakon utamanya iaitu Kim Dong-jun yang perlu menjalani kuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan salah seorang pesakit COVID-19.

Meskipun hasil ujiannya ialah negatif, namun agensi naungannya mengumumkan bahawa bagi mematuhi saranan kerajaan berkaitan langkah membendung jangkitan, semua yang mempunyai kontak rapat haruslah menjalani tempoh kuarantin yang telah ditetapkan.

kim dongjun

Disebabkan oleh hal ini juga, pihak produksi “More Than Friends” mengumumkan bahawa penggambaran drama ini telah pun ditangguhkan buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan buat staf dan pelakon lain.

Oleh sebab itu, tayangan episod akhir “More Than Friends” turut menerima kesannya di mana episod 15 dan 16 akan ditayangkan pada 27 dan 28 November di mana seminggu lewat daripada tarikh asalnya.

Apa pun, yang penting ialah keselamatan kesemua kru dan pelakon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...