Ikuti Kami:

Kim Bum Kembali Selepas 4 Tahun, Bakal Bintangi Drama Fantasi ‘The Tale Of Gumiho’ Bersama Lee DongWook

Kim Bum Kembali Selepas 4 Tahun, Bakal Bintangi Drama Fantasi ‘The Tale Of Gumiho’ Bersama Lee DongWook

Pada penghujung tahun lepas, industri drama Korea kecoh apabila Lee DongWook dikhabarkan bakal membawa watak seekor musang berekor sembilan (gumiho) iaitu merupakan satu figura popular dalam kisah legenda di Korea. Ramai yang terkejut kerana gumiho sinonim dengan watak, jadi percubaan berani pelakon lelaki itu nyata mengujakan peminat dan juga penonton.

Lagi menyeronokkan apabila drama “Tale Of Gumiho” itu bakal disertai oleh pelakon yang popular menerusi drama “Boys Over Flower” suatu ketika dahulu iaitu Kim Bum. Peminat dah tak sabar nak tonton lelaki ini kembali di kaca televisyen selepas 4 tahun tidak membintangi apa-apa drama dan kali terakhir ialah menerusi “Mrs. Cop 2” di saluran SBS.

Kalau anda nak tahu, drama ini membawa genre melodrama dan fantasi urban mengenai kisah gumiho lelaki (Lee DongWook) yang terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar dan seorang pengarah produksi wanita (Jo BoAh) yang nekad untuk mengejar makhluk tersebut untuk menaikkan rating rancangannya.

the tale of gumiho lee dongwook dan jo boah

Kim Bum yang baru sahaja pulang daripada latihan khidmat ketenteraan sebulan yang lepas dikhabarkan bakal membawa watak Yi Rang iaitu abang tiri kepada watak Lee DongWook iaitu Yi Yeon. Wataknya digambarkan sebagai gumiho yang paling berbahaya sekali dan menyimpan perasaan benci terhadap manusia walaupun tinggal dalam kalangan mereka. Dia sering menggoda manusia dan berjanji akan mengabulkan permintaan mereka tapi dikenakan bayaran yang tak masuk akal!

Produser drama “The Tale Of Gumiho” juga meminta penonton menantikan kemunculan hebat Kim Bum ini selepas 4 tahun tidak muncul dalam mana-mana naskhah. Lelaki tersebut akan menonjolkan transformasi yang mengejutkan kerana dia merupakan seorang pelakon yang memiliki kelembutan dan juga kekuatan dalam masa yang sama.

kim bum the tale of gumiho

Nantikan “The Tale Of Gumiho” yang bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun 2020 ini!

Sumber: Sports Joseon

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...