Ikuti Kami:

Kihyun MONSTA X & Bona WJSN Dikhabarkan Sudah 5 Tahun Bercinta, Agensi Nafikannya!

Kihyun MONSTA X & Bona WJSN Dikhabarkan Sudah 5 Tahun Bercinta, Agensi Nafikannya!

Siapa sangka idola K-Pop boleh menyimpan kisah cinta mereka tanpa pengetahuan peminat dalam masa yang sangat panjang!

Begitulah yang terjadi kepada Kihyun (MONSTA X) dan Bona (WJSN) yang dikhabarkan sudah menjalin hubungan cinta sejak 5 tahun yang lalu. Kalau anda nak tahu, kedua-dua mereka berada di bawah agensi yang sama iaitu Starship Entertainment.

Sudah mengenali satu sama lain sejak menjadi pelatih idola, kedua mereka mula bergantung antara satu sama lain dalam mengejar mimpi yang sama. Memulakan hubungan daripada abang dan adik, jalinan itu mula bercambah kepada hubungan yang lebih serius dan kedua-dua mereka sudah pun berjaya membina hubungan yang utuh sepanjang 5 tahun ini.

Kihyun dan Bona juga sentiasa berhati-hati ketika keluar berjanji temu agar tidak dikenali oleh peminat. Kebanyakan lokasi dating mereka adalah di dalam kereta mewah milik Kihyun atau pun di sekitar kawasan Sinsa-dong. bagi mengelakkan sebarang khabar angin berterbangan, mereka sering keluar bersama rakan-rakan yang lain juga.

kihyun monsta x dan bona wjsn nafi bercinta

Dikhabarkan juga bahawa pasangan merpati dua sejoli ini telah bercuti ke kepulauan Jeju bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Walaubagaimanapun, meskipun ada peminat yang mengucapkan tahniah kepada pasangan kekasih ini tetapi ada juga yang menyelar tindakan tidak sensitif mereka. Ini kerana Kihyun dan Bona masih lagi sempat bercuti dalam kumpulan walhal kerajaan Korea telah meminta semua rakyatnya mengamalkan perintah penjarakan sosial.

Selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai berita ini, Starship Entertainment telah tampil dan menjelaskan bahawa kedua-dua idola ini hanyalah rapat sebagai senior dan junior dalam industri ini. Hubungan mereka tidak lebih daripada itu, seperti apa yang dilaporkan oleh media baru-baru ini. Malahan mereka juga dikatakan tidak pernah bercuti bersama-sama.

Ingatkan bercinta betul! 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...