Ikuti Kami:

Kian Popular Selepas ‘Dr Romantic 2’, Ahn Hyoseob Akui Wajah Tampannya Tutup Mutu Lakonan Teruk

Kian Popular Selepas ‘Dr Romantic 2’, Ahn Hyoseob Akui Wajah Tampannya Tutup Mutu Lakonan Teruk

Nama Ahn Hyoseop mula meniti di bibir ramai peminat K-Drama selepas dia berjaya memegang watak doktor kacak dalam sekuel “Romantic Doctor Kim”. Meskipun ini adalah pertama kali dia memainkan karakter dengan imej profesional itu, ternyata ianya mendapat sambutan yang baik daripada peminat drama perubatan tersebut.

Selepas tamat sahaja tayangan “Romantic Doctor Kim 2”, populariti pelakon lelaki ini mencanak naik sampaikan pengikut laman Instagram rasminya kini telah melepasi garisan 1 juta! Walaupun melakonkan watak yang agak susah tetapi kebanyakan penonton wanita terutamanya seperti lebih memberi perhatian kepada Ahn Hyoseob daripada aspek visualnya sahaja.

Saya tak penat mendengar pujian peminat, saya suka mendengarkannya. Tetapi saya tak sukakan penampilan saya jadi saya terfikir kenapa mereka memujinya. Tetapi kini, saya sangat berterima kasih dengan pujian tersebut.

Apabila ditanya sama ada penonton hanya meletakkan fokus kepada muka tampannya sahaja dan bukannya kepada mutu lakonan yang ditunjukkan, lelaki itu memberikan jawapan yang sangat jujur.

Saya rasa ianya disebabkan oleh kemahiran lakonan saya yang teruk. Saya mahu memberi lebih fokus untuk memajukan lagi kemahiran lakonan saya.

Kalau anda nak tahu, lelaki tinggi lampai ini sebenarnya memulakan karier seninya sebagai seorang pelatih idola. Pun begitu, nasibnya lebih bertuah dalam dunia lakonan dan dia mula berlakon bermula daripada tahun 2015. Antara drama yang dibintanginya ialah “Still 17”, “Entertainer”, “Abyss” dan banyak lagi.

Muka yang tampan seharusnya diiringi dengan mutu lakonan yang hebat, barulah penonton dapat jiwai sesebuah drama itu dengan lebih lagi.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...