Ikuti Kami:

Kian Meningkat Popular, Lee Chaemin Temui Penonton Dalam Pelbagai Naskhah Kini

Kian Meningkat Popular, Lee Chaemin Temui Penonton Dalam Pelbagai Naskhah Kini

Ada tak yang tengah tonton drama “Crash Course in Romance” sekarang?

Bagi siapa yang sedang menonton drama “Crash Course in Romance” pastinya akan perasan dengan pelakon Lee Chae-min, yang membawa watak sebagai pelajar sekolah Lee Sun-jae dalam siri berkenaan.

Kalau korang nak tahu, Lee Chae-min yang dilahirkan pada tahun 2000, adalah pelakon yang baru sahaja memulakan debutnya pada 2021 menerusi drama “High Class”. Berkat lakonannya yang meyakinkan, pelakon itu juga telah menemui penonton dalam pelbagai naskhah baru-baru ini.

Love all play (2022)

lee chaemin love all play

Drama pertama yang dibintangi Lee Chae-min pada 2022 adalah siri Disney+ “Love All Play”, yang berkisar tentang keghairahan dan cinta lelaki serta wanita dalam kumpulan beregu campuran. Dalam drama ini, Lee Chae-min membawa watak sebagai Lee Ji-ho, iaitu salah seorang pemain untuk pasukan badminton Yunis.

Alchemy of souls: Light and shadow (2022)

lee chaemin alchemy of souls

Seterusnya dalam “Alchemy of Souls: Light and Shadow”, Lee Chae-min turut membuat kemunculan istimewa dalam episod pertama dengan wataknya sebagai peniaga arak.

Crash course in romance (2023)

lee chaemin crash course in romance

Terbaru adalah menerusi drama “Crash Course in Romance”, yang membawa kisah pahit manis hubungan antara pemilik kedai lauk yang tanpa sengaja menyertai perang peperiksaan kemasukan kolej Korea dan seorang pengajar matematik popular. Dalam drama ini, Lee Chae-min telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan wataknya sebagai pelajar sekolah Lee Sun-jae, iaitu kawan baik kepada Hae-yi (Roh Yoon-seo) dan juga menyukainya.

See you in my 19th life (2023)

lee chaemin see you in my 19th life

Akan datang, pelakon rookie itu akan menemui penonton dalam “See You in My 19th Life”, drama yang diterajui Ahn Bo-hyun dan Shin Hye-sun. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Nantikan penampilan Lee Chae-min sebagai Kang Min-ki dalam drama ini!

Everyday we are (TBA)

lee chaemin everyday we are

Selain drama, Lee Chae-min juga akan membuat debutnya di layar perak menerusi filem “Everyday We Are” dengan watak sebagai Oh Ho-soo. Untuk pengetahuan, filem ini menggambarkan pertumbuhan yang dialami seseorang dalam tahun-tahun persekolahan yang cerah dan segar, melalui persahabatan sejati serta keseronokan cinta pertama. Sebelum ini, pelakon lain yang turut disahkan akan terajui filem ini adalah Kim Sae-ron, Ryu Ui-hyun dan Yu-ju CHERRY BULLET.

Fuh, Lee Chae-min bakal menjadi pelapis pelakon hebat Korea ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...