Entri Jeon Jong-seo sekali lagi menjadi bualan ramai.
Dalam gambar yang dikongsi, Jeon Jong-seo dilihat berbaring di atas sofa sambil bergaya dengan seluar jeans yang besar di bahagian pinggang, mendedahkan seluar dalamnya.
Pelakon itu beberapa kali mencetuskan perhatian dengan fesyennya sebelum ini.
Pada bulan Mac lalu, dia tampil dengan legging yang menonjolkan garis kakinya ketika membaling bola pembukaan di acara sukan.
View this post on Instagram
Terbaru, dia turut mencuri perhatian netizen selepas muncul dengan kain yang tersangkut elok di bawah pinggang dan menonjolkan garisan pinggulnya di Minggu Fesyen Paris.
Walaupun ramai yang memuji bentuk badannya yang unik melalui fesyennya, ada juga yang mengkritik gaya tersebut sebagai semakin keterlaluan.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.