Ikuti Kami:

“Ketua Kumpulan Menumbuk Ahli Lain Kerana Tersilap Tarian” – Lagi Kisah Idola Wanita K-Pop Dibuli

“Ketua Kumpulan Menumbuk Ahli Lain Kerana Tersilap Tarian” – Lagi Kisah Idola Wanita K-Pop Dibuli

Selepas pendedahan mengenai ketua kumpulan AOA, Ji-min yang telah membuli bekas ahli kumpulan tersebut iaitu Mi-na selama 10 tahun sehingga membuatkan wanita itu berniat untuk membunuh diri, keluar lagi cerita mengenai kumpulan idola lain yang mengalami nasib yang sama.

Menerusi rancangan “Heard It Through the Grapevine”, salah seorang daripada wartawan di situ mendedahkan bahawa terdapat seorang idola lelaki yang menghubunginya dan berkongsi sebuah kisah yang mengejutkan.

Idola lelaki tersebut menyatakan bahawa dia telah membuka pintu bilik menunggu kepada satu kumpulan idola wanita ketika acara muzik. Namun dia terkejut apabila melihat ketua kumpulan tersebut menumbuk seorang ahli lain kerana melakukan kesalahan ketika menari.

idola dibuli

Pada awalnya ketua kumpulan itu menumbuk secara bergurau namun tiba-tiba telah menumbuk perut ahli kumpulan tersebut. Kerana terkejut, dia telah menutup pintu tersebut dan berlalu pergi.

Cerita lain yang dikongsikan ialah satu kumpulan lelaki yang telah dibubarkan kerana  seorang ahli sahaja yang popular di mata umum. Ahli yang lain boleh menerima hal tersebut namun tidak bagi salah seorang daripada mereka. Apabila mempersoalkan perkara tersebut kepada pengurus kumpulan mereka, kumpulan itu kemudiannya terus dibubarkan.

Selain itu, wartawan lain menceritakan mengenai kumpulan wanita yang masih lagi aktif sehingga sekarang telah membuli salah seorang daripada ahlinya kerana dia sahaja yang popular dan dipromosikan oleh syarikat.

idola dibuli

Jelaslah bahawa industri hiburan Korea bukanlah seindah yang disangka. Dalam sekumpulan orang, bukan semuanya akan baik dengan satu sama lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...