Suzy telah menjadi salah seorang penyampai di Anugerah Seni Baeksang ke-60.
Di karpet merah, Suzy telah tampil dengan memakai gaun merah jambu terang yang dihiasi dengan riben.
Lebih mengejutkan, peminat mendapati bahawa gaun yang dipakainya tersebut telah menampakkan sebahagian kulit di bahagian depan, dari paras dada hingga ke atas pusat.
Meskipun penampilannya dipuji oleh peminat dari luar negara, netizen di Korea merasakan sebaliknya. Mereka menyatakan bahawa gaun yang dipakainya itu kelihatan biasa dan penampilannya tidak menyerlah seperti penyampai-penyampai yang lain.
Mereka juga perasan bahawa gaun yang dipakai Suzy kelihatan tenggelam disebabkan oleh warnanya yang sama dengan latar belakang karpet merah tersebut.
Komen netizen,
- Nasib baik wajah dia cantik, sebab itu dia nampak okay je..
- Sejujurnya baju dia agak mengecewakan.
- Ketinggalan zaman sangat baju Suzy.
- Buruknya baju dia.
- Penampilan dia telah diselamatkan oleh wajahnya yang cantik..
Apa pendapat korang pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.