Ikuti Kami:

Kesudahan Tergantung, Pengarah Perjelas Ending ‘Hellbound’

Kesudahan Tergantung, Pengarah Perjelas Ending ‘Hellbound’

Melihatkan kesudahan “Hellbound”, pastinya pelbagai persoalan yang bermain dalam benak penonton.

Disebabkan itu, pengarah Yeon Sang-ho mengambil kesempatan untuk menerangkan mengenai ending tergantung itu menerusi sebuah temubual baru-baru ini. Katanya, tema tersirat disebalik siri ini ialah ‘ketidakadilan pada ketidakpastian yang membuatkan individu berada dalam neraka sendiri’,

Mesej paling penting yang saya mahu sampaikan menerusi projek ini ialah menanyakan soalan mengenai kemanusiaan dan apakah makna untuk menjadi manusia.

Siri ini bermula apabila orang disapa dengan fenomena mistik yang tiada penjelasan. Saya mahu menutup siri ini dengan menampilkan satu tindakan yang tidak boleh difahami dan tidak munasabah ditonjolkan manusia – pengorbanan diri.

netflix hellbound

[Amaran SPOILER]

Lelaki itu turut menjawab persoalan mengapa dia hanya menyelamatkan watak anak Bae Young-jae (Park Jung-min) dan Song So-hyun (Won Jin-ah),

Saya juga mempunyai anak sendiri dan saya beremosi apabila kanak-kanak di televisyen. Anda sedarkan bahawa kanak-kanak boleh berasa gembira walaupun diberikan hadiah yang kecil. Jika masyarakat gagal menghargai kanak-kanak dalam kehidupan ini, maknya kita sakit dan tidak sesuai untuk kebajikan manusia. Dengan menunjukkan bayi itu pada akhirnya, saya mahu memberikan sedikit harapan bahawa mereka mungkin akan mengemudi dunia yang lebih baik.

netflix hellbound

Dalam pada itu, “Hellbound” kekal No 1 dalam ranking global Netflix selama 10 hari berturut-turut kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...