Ikuti Kami:

Kesihatan TAG Golden Child Semakin Membaik, Agensi Rancang Aktiviti Buat Ahli Lain

Kesihatan TAG Golden Child Semakin Membaik, Agensi Rancang Aktiviti Buat Ahli Lain

Baru-baru ini, ahli Golden Child, TAG dikhabarkan dimasukkan ke hospital kerana keadaan yang teruk namun, status kesihatan semasanya telah dikongsi oleh agensi.

Woollim Entertainment baru-baru ini mengumumkan keadaan kesihatan semasa TAG, yang dimasukkan ke hospital pada 18 lalu. Wakil daripada Woollim berkata,

TAG telah disahkan menghidap penyakit hati yang lemah akibat daripada ujian awal, tetapi keputusan ujian dan status kesihatannya telah bertambah baik sekarang hasil pemeriksaan dan rawatan berterusan oleh kakitangan perubatan.

Oleh itu, buat masa ini, kami merancang untuk melakukan yang terbaik untuk TAG pulih, dan kami merancang untuk menyusun jadual buat 8 ahli yang lain , termasuk jelajah Golden Child di Amerika Syarikat.

Wakil Woollim Entertainment turut membuat kesimpulan,

Kami memohon maaf sekali lagi kerana membimbangkan ramai peminat dengan berita mengejut ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk pemulihan TAG dengan cepat. 

tag golden child

Berikut merupakan kenyataan penuh oleh Wollim Entertainment,

Ini adalah Woollim Entertainment.

Pertama sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kasih sayang yang tidak terhingga kepada Golden Child. Kami ingin memaklumkan peminat tentang status kesihatan TAG ahli Golden Child dan aktiviti pada masa akan datang.

TAG telah dimasukkan ke hospital pada 18 Mei lalu dan mengikut pendapat pakar berikutan keadaan TAG, mereka perlu melakukan pemeriksaan terperinci.

Hasil pemeriksaan awal, didapati keadaan hatinya tidak berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, menurut cadangan pakar perubatan dan setelah melakukan pertimbangan bahawa kestabilan kesihatan TAG adalah keutamaan kami, kami merancang untuk melakukan yang terbaik untuk TAG pulih buat masa ini.

Kami memohon maaf sekali lagi kerana menimbulkan kebimbangan ramai peminat dengan berita mengejut ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk pemulihan TAG dengan cepat.

Terima kasih.

Semoga keadaan TAG akan semakin membaik dan boleh beraksi semula di pentas. Kuatkan semangat okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...