Ikuti Kami:

“Kesian Mereka Nampak Sakit..” – Main Permainan Berbahaya, Produksi ‘Running Man’ Diselar Netizen

“Kesian Mereka Nampak Sakit..” – Main Permainan Berbahaya, Produksi ‘Running Man’ Diselar Netizen

“Running Man” sememangnya merupakan rancangan yang menjadi kegemaran ramai, tak kisah lah penonton daripada Korea mahupun daripada luar negara. Hebat tahu sebab ianya mampu bertahan selama 10 tahun lamanya!

Semua ini adalah usaha staf dan ahli “Running Man” yang sentiada bekerja keras untuk membuatkan penonton terhibur. Pelbagai permainan baru yang dicuba, ada yang berjaya malah ada juga yang menerima kritikan penonton.

Sama juga dengan apa yang terjadi dalam episod baru ini, di mana pihak produksi “Running Man” telah diselar kerana salah satu misinya yang nampak berbahaya buat ahli dan juga tetamu untuk episod tersebut iaitu SEVENTEEN.

running man bahaya

Untuk misi tersebut, mereka perlu memakai getah sebanyak mana yang boleh pada muka mereka bagi memberikan peluang untuk merasai makanan yang dihidangkan terlebih dahulu. Yang Se-chan yang memulakan permainan tersebut ternyata terkejut dengan kekuatan getah tersebut menekan mukanya.

Bukan sahaja dia, malah Jun So-min turut mengatakan bahawa matanya seperti mahu terkeluar ketika memakai mata di sekitar matanya. Song Ji-hyo dan ahli SEVENTEEN turut menjalani misi yang sama dan turut terpaksa menahan kesakitan tersebut.

running man bahaya

Selepas sahaja penonton menonton misi tersebut, rata-ratanya telah meninggalkan komen kritikan mengenai misi tersebut,

Cuba orang yang cadang tu keluar dan buat sendiri.. apa benda ni?

 

Melampau betul.

 

Semasa saya menonton misi ini, saya asyik terfikir kenapa mereka perlu melakukan hal seperti ini. Kesian lihat mereka mengaduh kesakitan, dah lah nampak membahayakan. Tak kelakar pula..

 

Tak kan mereka tak tahu yang kanak-kanak juga menonton rancangan ini? Misi apa seperti ini?

 

Kalaulah tiba-tiba ia terkena mata mereka, mesti huru-hara keadaan..

Dalam sedutan episod akan datang, Lee Kwang-soo dan Nam-joo (APINK) turut dilihat melakukan misi yang sama. Disebabkan itu, ramai yang meminta permainan berbahaya itu tidak dibuat lagi selain menyuruh pihak produksi memadam babak misi itu dalam episod akan datang.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...