Ikuti Kami:

“Kesian Lah Song Hyekyo & Song Joongki” – KBS Dikritik Papar Babak Ciuman ‘DOTS’ Di Konsert

“Kesian Lah Song Hyekyo & Song Joongki” – KBS Dikritik Papar Babak Ciuman ‘DOTS’ Di Konsert

Kisah yang perit untuk diungkapkan, namun hubungan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo tiba-tiba menjadi sebutan kembali kini.

Dalam konsert sambutan ke-50 penubuhan KBS, tak semena-mena klip Song Joong-ki dan Song Hye-kyo berciuman dalam drama “Descendants Of The Sun”. Paparan ini dimainkan semasa Gummy membuat persembahan lagu “You Are My Everything” yang merupakan runut lagu drama berkenaan.

Walaupun hanya babak pendek daripada drama, namun ianya menerima respon negatif penonton.

kbs descendants of the sun

Kata mereka,

Perlu ke mereka menayangkan babak ciuman antara orang dah bercerai?

 

Macam membesarkan-besarkan lagi isu ini je..

Pun begitu, ada juga mengatakan bahawa komen kritikan hanya berlebihan sahaja memandangkan ia hanyalah sedutan pendek dari drama dan bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan pada ketika itu.

Untuk pengetahuan, Song Joong-ki dan Song Hye-kyo pernah berkahwin selepas “Descendants Of The Sun” tamat namun berpisah selepas setahun lebih bersama. Dalam pada itu, lelaki tersebut sudah pun berkahwin baru-baru ini dengan Katy Louis Saunders dan bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi.

Alaa benda dah lepas..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...