Ikuti Kami:

“Kesian Anak Tapi Saya Lagi Penting” – Honey Lee Ulas Pilih Berlakon Sejurus Lepas Timang Anak

“Kesian Anak Tapi Saya Lagi Penting” – Honey Lee Ulas Pilih Berlakon Sejurus Lepas Timang Anak

Perasan tak ramai pelakon wanita Korea yang dilihat mengorbankan kerjaya mereka selepas memiliki anak sendiri?

Tapi tidak bagi Honey Lee yang bersungguh-sungguh mahu meneruskan kariernya walaupun baru melahirkan anak 10 bulan lalu. Ulasnya mengapa cepat kembali ke pentas lakonan dan sebuah temubual eksklusif,

Sebenarnya, saya kasihankan anak tapi saya mahu kekalkan ritma itu. Apabila anda membesarkan anak, badan anda berkata ia menakutkan, dan apabila anda bekerja, anda terus melakukannya. Sejujurnya, saya hanya layak dipanggil pelakon sekiranya saya berlakon. Saya cenderung untuk memikirkan sama ada bersama anak siang dan malam benar-benar baik untuknya.

honey lee

Jelasnya lagi, pekerjaan ini bukan sesuatu yang membolehkan kestabilan antara kerja dan kehidupan dan dia juga mahu terus berlakon supaya tidak akan kehilangan rentaknya,

Pertumbuhan anak adalah penting, tetapi perkembangan saya sebagai seorang manusia dan seorang wanita juga penting.

Baginya, ini adalah cabaran yang perlu ditempuhi sebagai seorang ibu bekerja. Tambahan pula, ini merupakan anak pertamanya dan dia mahu mempelajari sejauh mana dia boleh bekerja tanpa rasa bersalah.

Hebat kan Honey Lee?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...