Ikuti Kami:

Kes COVID-19 Merisaukan, Pasangan Kim Woobin & Shin Minah Derma RM700k Untuk Golongan Memerlukan

Kes COVID-19 Merisaukan, Pasangan Kim Woobin & Shin Minah Derma RM700k Untuk Golongan Memerlukan

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti terkenal Korea iaitu Kim Woobin dan Shin Minah. Pasangan merpati dua sejoli ini sentiasa menjadi perhatian ramai meskipun mereka lebih senang merahsiakan hal perhubungan mereka daripada pengetahuan umum.

Umum mengetahui bahawa isu COVID-19 kini mencapai paras membimbangkan di Korea Selatan. Pada hari ini (26 Februari 2020), sebanyak 1,146 kes yang telah dilaporkan dan kematian sudah mencapai jumlah 12 mangsa. Disebabkan oleh itu, ramai rakyat di sana yang berada dalam keadaan panik dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli pencuci tangan dan topeng muka secukupnya sehingga masalah ini selesai. Pun begitu, bekalan barangan tersebut kini semakin berkurangan dan dijual dengan harga yang mahal.

covid-19 di korea

Sesungguhnya pasangan Shin Minah dan Kim Woobin mempunyai hati yang mulia apabila mereka telah menderma wang bagi membantu golongan yang mengalami kesusahan untuk mendapatkan bekalan keperluan supaya menangani COVID-19. Pengumpul dana untuk Rumah Kebajikan Seoul mendedahkan bahawa kedua selebriti tersebut mendermakan 100 milion won (RM 347,598) setiap seorang bagi membantu golongan susah ini. Organisasi tersebut menjelaskan mereka ini mempunyai kesukaran untuk mendapatkan bekalan untuk melawan virus tersebut kerana kekangan wang dan juga jumlah barangan yang terhad. Pihak pusat kebajikan itu akan menggunakan wang tersebut untuk membeli topeng muka dan pencuci tangan.
shin minah dan kim woobin

Agensi kepada pasangan selebriti ini turut mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan baik mereka ini.

Kim Woobin mendengar tentang kesusahan yang dilalui oleh penghuni pusat kebajikan di mana mereka adalah sangat mudah diserang oleh penularan COVID-19. Dia ada bertanya sama ada bantuan itu dapat digunakan untuk membantu kewangan dalam mendapatkan barang keperluan dan mengekang penyakit itu daripada kian merebak.

Shin Minah pula mahu membantu penolong perubatan yang bekerja keras melawan virus Corona, juga sesiap yang terdedah kepada penyakit itu. Dia mendermakan 100 milion won kepada yang memerlukan.

Harapnya rakyat Korea terus kuat dalam melawan penularan COVID-19 ini. Tidak lupa kepada petugas perubatan yang berusaha siang malam bagi merawat pesakit dan memastikan mereka sembuh daripada virus berbahaya ini.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...