Ikuti Kami:

Keputusan Akhir Mengejutkan, ‘The Sixth Sense 2’ Tamat Dengan Rating Baik

Keputusan Akhir Mengejutkan, ‘The Sixth Sense 2’ Tamat Dengan Rating Baik

Dalam tak sedar sebab asyik ketawa sahaja saban minggu, “The Sixth Sense 2” akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin.

Untuk pengetahuan anda, program ini menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.

[Amaran SPOILER]

Mengejutkan apabila untuk episod terakhir musim kedua ini, kesemua panel dan tetamu iaitu Ahn Bo-hyun gagal untuk memilih ‘rumah palsu’. Bahkan Jessi juga tidak berjaya mengekalkan kemenangan sejak daripada episod pertama dan terpaksa berpuas hati dengan 12 emas sahaja.tvn the sixth sense 2Untuk ratingnya pula, “The Sixth Sense 2” dilihat kekal selesa dalam lingkungan 2% ke 3% sepanjang musim kedua ini. Episod akhirnya pula tamat dengan catatan 2.827% dan tidak mampu menandingi rekod tertinggi pada episod ke-6 iaitu 3.435%.

Dalam pada itu, para penonton sudah meluahkan kesedihan mereka dan berharap agar musim ketiga akan ditayangkan dengan cepat supaya mereka tidak menunggu lama.

Bosanlah hujung minggu kini sebab “The Sixth Sense 2” dah habis kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...