Dah nak sampai episod akhir pun malam ini, namun “The Penthouse” tetap mampu memberikan kejutan sehingga ke episod 20 yang ditayangkan kelmarin.
*Kepada yang belum tonton episod 20, diharap jangan baca. Spoiler teruk.
[Amaran SPOILER]
Rata-rata penonton meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila episod ke-20 menunjukkan Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) mati ditikam. Malah ramai yang menebak Oh Yoon-hee adalah pelakunya memandangkan dia mahu menutup mulut wanita itu yang mengetahui bahawa dialah dalang di sebalik kematian Min Seol-ah. Walaupun Oh Yoon-hee menyerah diri tapi sepertinya mungkin ada individu lain yang menikam Shim Su-ryeon.
Merupakan watak utama dan figura yang paling menerima sokongan ramai dalam “The Penthouse”, semestinya kematian Shim Su-ryeon membuatkan ramai yang tidak berpuas hati. Sepertinya kemenangan berpihak pada kuasa jahat sekiranya benar wanita itu telah pergi selamanya.
Pun begitu, ramai yang berharap bahawa Shim Su-ryeon bakal membuat kejutan dalam episod terakhir musim pertama ini mahupun dalam musim akan datang “The Penthouse”. Sesungguhnya ramai yang tidak boleh melepaskan watak tersebut pergi begitu sahaja.
Disebabkan ramai yang terkesan dengan kejutan plot ini, nama ‘Su-ryeon eonni (kakak Su-ryeon)’ telah trending tinggi di Twitter semalam. Malah kebanyakan ciapan yang ditulis menunjukkan kemarahan penonton dengan kematiannya yang tidak dijangka ini.
[SPOILER Tamat]
Korang rasa apakah nasib sebenar Shim Su-ryeon?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.