Ikuti Kami:

“Kenapa Hidup Ni Susah Sangat?” – Han Sohee Luah Perasaan Pada Peminat

“Kenapa Hidup Ni Susah Sangat?” – Han Sohee Luah Perasaan Pada Peminat

Meskipun seorang selebriti popular, Han So-hee tetap adalah manusia biasa yang mempunyai kesukarannya yang tersendiri.

Terbaru pada 27 April, Han So-hee telah menyiar beberapa foto di laman blognya beserta kapsyen yang ditulis,

Saya sentiasa mahu ke sini setahun sekali. Saya dengar selesema merebak hari ini, jadi sila berhati-hati dengan bronkitis dan habuk halus.

Memuat naik gambar yang diambilnya ketika di Los Angeles pada minggu yang lalu, pelakon wanita itu turut berkongsi pengalamannya baru-baru ini kepada peminat dengan menulis,

Ketika menaiki teksi semalam, saya bertanya kepada pemandu ‘Mengapa hidup ini begitu sukar?’. Ia adalah soalan yang sangat memalukan tetapi pemandu itu menjawab ‘Bukankah bosan jika awak terlalu gembira?’. Kemudian saya berkata, ‘Saya hanya mahu ia membosankan’.

han sohee

Tambahnya lagi sambil bertanya khabar peminat,

Bagaimana dengan kehidupan awak? Adakah awak gembira? Kadang-kadang saya rasa terharu tetapi kadang-kadang saya rasa aman dan cukup menikmati hidup saya. Saya mahu melihat awak semua tidak lama lagi sebagai Chae-ok dan rasanya masa semakin suntuk. Mungkin kerana saya sudah berumur 30 tahun.

Akhir sekali, pelakon wanita itu berkata,

Saya harap kita semua hidup dengan baik dan walaupun keadaan tidak berjalan lancar dan jika kita tidak gembira, saya harap kita dapat mengelakkan dari rasa tak bahagia. Berhati-hatilah, semua orang.

han sohee blog

Sementara itu, Han So-hee akan menemui penonton dalam drama “Gyeongseong Creature” dengan wataknya sebagai Yoon Chae-ok, dijadualkan untuk tayang pada hujung tahun 2023 ini.

Semoga Han So-hee sentiasa sihat dan gembira!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...