Ikuti Kami:

Kenali 8 Pelakon Lelaki Hebat Yang Sedang Meningkat Naik Kini Dalam Dunia K-Drama

Kenali 8 Pelakon Lelaki Hebat Yang Sedang Meningkat Naik Kini Dalam Dunia K-Drama

Banyak betul pelakon lelaki berbakat dalam K-Drama kini, bahkan ramai yang dah tak sabar untuk terus menyaksikan mereka mmenghiasi pelbagai naskhah pada masa hadapan.

Lee Jae-wook

lee jaewook

Baru sahaja memulakan karier lakonan dua tahun lepas menerusi drama “Memories of the Alhambra“, dia kemudiannya terus menambat hati penonton menerusi wataknya sebagai kekasih Lee Da-hee dalam drama “Search: WWW“. Lelaki itu kemudiannya terus membuktikan lagi bakatnya dalam pelbagai watak berlainan seperti dalam “Extraordinary You” dan juga “Do Do Sol Sol La La Sol” yang sedang ditayangkan kini.

Lee Do-hyun

lee dohyun

Berbekalkan pengalaman membawa watak sampingan dalam pelbagai drama seperti “Prison Playbook“, “Still 17” dan “Clean With Passion for Now“, lelaki ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam “Hotel Del Luna” dengan membawa watak Gong Cheong-myeong iaitu seorang pahlawan yang bengis dan kawan yang comel. Anda boleh menonton kehebatan lakonannya sebagai pelakon utama dalam “18 Again” kini dan “Sweet Home” nanti.

Rowoon (SF9)

rowoon

Meskipun memulakan karier sebagai idola dalam kumpulan SF9 pada tahun 2016, Rowoon berjaya menembusi ke dalam bidang lakonan menerusi kemunculannya dalam drama “School 2017” dan kini terus membintangi banyak drama lain. Selepas hanya membawa watak sampingan dalam “About Time” dan “Where Stars Land“, lelaki itu kemudiannya ditawarkan watak utama dalam drama remaja “Extraordinary You“. Makin tak sabar rasanya nak menantikan lelaki itu sekali lagi mencuri hati ramai ‘kakak’ di luar sana dalam drama “Senior, Don’t Put On That Lipstick” pada tahun 2021 nanti.

Jang Dong-yoon

jang dongyoon

Unik tahu kisah sebenar di sebalik punca Jang Dong-yoon mula muncul sebagai pelakon! Sebenarnya dia ditawarkan untuk menjadi pelakon selepas masuk berita dek menangkap pencuri di sebuah kedai serbaneka. Walaupun tiada latar belakang dalam lakonan, namun lelaki itu terus membuktikan bahawa dia mempunyai bakat semula jadi apabila berlakon dalam pelbagai drama seperti “School 2017“, “Mr. Sunshine“, dan banyak lagi. Namun lakonannya dalam “The Tale of Nokdu” merupakan projek yang meningkatkan imejnya sebagai pelakon berbakat. Jangan lupa untuk saksikan lelaki ini dalam drama “Search” berkonsepkan ketenteraan bersama Krystal nanti.

Byun Woo-seok

byun wooseok

Byun Woo-seok merupakan seorang model yang melompat ke dalam bidang lakonan dan mula menimba pengalaman menerusi pelbagai watak sampingan dalam banyak drama web, “Dear My Friends” dan “Search: WWW“. Dia kemudiannya terus merebut perhatian peminat K-Drama dalam “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” dek rupanya yang tampan. Kini, namanya semakin disebut-sebut selepas membintangi drama “Record Of Youth” bersama pelakon popular seperti Park Bo-gum dan Park So-dam. Nampak cerah masa depan Byun Woo-seok!

Kim Kyung-nam

kim kyungnam

Kim Kyung-nam memulakan karier lakonannya sebagai pelakon teater pada tahun 2012 dan memasuki dunia drama pada tahun 2017. Banyak juga drama yang disertainya, antaranya ialah “Defendant“, “Strongest Deliveryman” dan “Prison Playbook“. Pun begitu, menerusi watak sedikit besar dalam “Where Stars Land” dan “The King: Eternal Monarch“, namanya kini kian meniti di bibir penonton dan peminat K-Drama. Bakal terus menggegarkan dunia drama, nantikan lagi kehebatan lelaki ini dalam projek akan datang.

Kim Seon-ho

kim seonho

Dalam senarai ini, Kim Seon-ho adalah pelakon dengan pengalaman yang paling banyak sekali dek memulakan kariernya sebagai pelakon teater pada tahun 2009 lagi. Mula menceburkan diri dalam dunia drama menerusi kemunculan dalam “Good Manager“, lelaki itu terus mendapat kepercayaan untuk menggalas watak yang lebih besar dalam drama seperti “Strongest Deliveryman” dan “Two Cops. Bakatnya yang versatil semakin terserlah apabila mampu membawa watak komedi dengan senangnya seperti dalam “Welcome to Waikiki 2“. Saksikan lagi transformasi Kim Seon-ho dalam drama “Start-Up” bersama Suzy dan Nam Joo-hyuk nanti.

Song Kang

song kang

Song Kang mula berlakon pada tahun 2017 dalam drama “The Liar and His Lover” sebagai seorang kawan yang mengalami cinta bertepuk sebelah tangan. Pun begitu, wataknya dalam “Love Alarm” yang membuatkan dia kian popular dalam kalangan peminat K-Drama kerana watak Hwang Sun-oh yang menawan. Sebab itulah, ramai yang tak sabar menantikan tayangan “Love Alarm 2” nanti dengan “Sweet Home” di Netflix.

Siapakah antara pelakon sedang meningkat naik ini yang dah berjaya menawan hati anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...