Ikuti Kami:

Kemuka Bukti Kepada Mahkamah, Netizen ‘Speku’ Gu Hyesun Muat Naik Gambar Ahn Jaehyun Curang?

Kemuka Bukti Kepada Mahkamah, Netizen ‘Speku’ Gu Hyesun Muat Naik Gambar Ahn Jaehyun Curang?

Mesti semua sedia maklum yang pasangan Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun sedang dalam kemelut rumah tangga dan mereka sedang dalam proses penceraian. Banyak sangat spekulasi mengenai hubungan pasangan itu sehingga orang ramai tidak pasti cerita mana yang sahih dan benar.

Terbaru, Gu Hyesun telah memuat naik satu gambar di laman Instagramnya dan mengumumkan bahawa dia telah mengemukakan beberapa keping gambar sebagai bukti di mahkamah untuk kes penceraiannya dengan Ahn Jaehyun.

gu hyesun muat naik gambar ahn jaehyun curang

Gambar yang dimuat naiknya itu menunjukkan seseorang dalam pakaian jubah mandi dan sedang berhadapan dengan makanan daripada perkhidmatan hotel. Menurut pelakon wanita itu, dia mendedahkan gambar yang dimuat naiknya itu sepatutnya digunakan sebagai gambar jaket untuk lagu single yang dikeluarkan sebelum ini iaitu “Mestikah Saya Mati 2019” tapi pihaknya membuat keputusan untuk menggunakan gambar yang lain.

gu hyesun muat naik gambar ahn jaehyun curang

Kebanyakan netizen yang melihat entri itu ‘speku’ yang mungkin gambar itu adalah bukti yang dikemukakan di mahkamah untuk membuktikan bahawa Ahn Jaehyun telah curang dengannya. Kalau anda ingat, Gu Hyesun pernah menuduh suaminya itu curang dengan pelakon gandingannya dan dia ada bukti gambar mereka berdua berpakaian jubah mandi di dalam sebuah bilik hotel.

Tapi semuanya masih lagi spekulasi kerana tiada kenyataan rasmi daripada pihak peguam kedua-dua pelakon itu. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai penceraian pasangan ini.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...