Ikuti Kami:

“Kembar Ke?”- Wajah Kim Hieora Dari ‘The Glory’ Dikatakan Sama Dengan Pelakon Ini

“Kembar Ke?”- Wajah Kim Hieora Dari ‘The Glory’ Dikatakan Sama Dengan Pelakon Ini

Selepas wajah pelakon Jung Sung-il dikatakan seiras dengan Yoo Jae-suk, kini Kim Hieora pula menjadi perhatian ramai disebabkan mukanya sama seperti seorang pelakon veteran ini.

Baru-baru ini, trailer drama “The Glory” bahagian 2 telah dikeluarkan dan video tersebut menerima banyak reaksi dari penonton. Namun, salah seorang dari pelakon drama tersebut iaitu Kim Hieora telah menjadi topik hangat di media sosial.

Sedikit info, Kim Hieora memegang watak sebagai Lee Sa-ra dalam “The Glory” iaitu anak kepada paderi di sebuah gereja besar dan dipuji disebabkan persembahannya yang begitu sempurna.

Disebabkan penampilannya dalam drama itu mencuri perhatian, ramai penonton telah berkongsi teori mereka yang menyatakan mungkin Kim Hieora ada kena mengena dengan seorang lagi pelakon terkenal bernama Jang Young-nam disebabkan muka mereka yang seiras.

Kim Hieora dan JangYoungnam

Oleh itu, penonton berharap agar dua pelakon ini digandingkan bersama dalam drama ataupun filem. Penonton juga sempat membayangkan gandingan mereka berdua dek kerana kedua-duanya mempunyai wajah yang serupa.

Tambahan pula, penonton turut menyuarakan pendapat mereka di Twitter seperti berikut,

Adakah mereka kembar?

 

Wajah mereka masih mengelirukan saya.

 

Memang akan meremang jika kedua-duanya berlakon bersama.

Mana tahu, mereka berdua dapat berlakon bersama.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...