Ikuti Kami:

Kembali Ke Dunia Lakonan Selepas 2 Tahun, Gong Yoo Akui Penat Selepas ‘Goblin’ Tamat

Kembali Ke Dunia Lakonan Selepas 2 Tahun, Gong Yoo Akui Penat Selepas ‘Goblin’ Tamat

Drama “Goblin” telah membawa fenomena baru kepada drama Korea selepas ditayangkan pada tahun 2016. Walaupun sudah mempunyai tapak yang kuat dalam dunia lakonan, namun begitu nama Gong Yoo dan Lee Dongwook telah kembali menjadi sebutan ramai peminat. Bukan itu sahaja, heroin “Goblin” iaitu Kim Goeun turut dikenali ramai selepas naskhah itu meletup.

Meskipun mendapat pengiktirafan yang membanggakan menerusi lakonannya yang memukau menerusi “Goblin”, Gong Yoo akui dia berasa penat dan letih selepas selesai penggambaran drama hit itu.

Selepas hampir tiga tahun menyepikan diri, pelakon itu kini bakal muncul dalam filem “Kim Jiyoung, Born 1982” bersama pelakon Jung Yumi. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dia mengambil masa yang begitu lama untuk kembali ke dunia lakonan selepas drama “Goblin”.

gong yoo akui berasa penat selepas penggambaran goblin

“Saya rasa yang saya sangat penat selepas penggambaran “Goblin”. Perasaan saya berbaur selepas tamat drama itu, kerana itu saya berasa letih. Selepas menyelesaikan promosi di luar negara, saya meluangkan masa untuk diri sendiri.”

Tambahnya lagi, “Saya fikir saya perlukan masa untuk bermuhasabah selain menjaga diri sendiri. Saya berjaya memulihkan tenaga kembali sepanjang masa itu dan kini saya boleh membuat pilihan untuk projek terbaru.”

Nampaknya, penggambaran “Goblin” banyak menggunakan tenaga Gong Yoo sehingga dia terpaksa berehat lama. Mungkin kerana genre drama itu yang susah serta memerlukan konsentrasi yang lebih bagi menjayakan watak yang dibawanya supaya sampai ke hati penonton.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...