Ikuti Kami:

Kematian Ngeri Bomoh Jo Minsoo Buat Saspens, Rating ‘The Cursed’ Pecah Rekod Peribadi!

Kematian Ngeri Bomoh Jo Minsoo Buat Saspens, Rating ‘The Cursed’ Pecah Rekod Peribadi!

Penonton memang boleh letak kepercayaan yang tinggi kepada naskhah Korea yang bertemakan misteri dan seram. Kebanyakan daripada drama ini mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan memaparkan babak yang nampak real sampaikan meremang bulu roma apabila tonton pada malam hari. Antara salah satu drama ngeri yang sedang ditayangkan sekarang ini ialah “The Cursed” yang menampilkan barisan pelakon yang hebat.

the cursed tvn

Sinopsis “The Cursed”

Im Jinhee (Uhm Jiwon) iaitu seorang wartawan yang mementingkan ketelusan sesuatu berita. Semasa menyelongkar cerita di sebalik kes keganasan melibatkan syarikat IT terbesar di Korea iaitu Forest, dia mempelajari bahawa pengarahnya iaitu Jin Jonghyun (Sung Dongil) sebenarnya menyembah syaitan.

Im Jinhee juga mendapat tahu mengenai satu syarikat perundingan roh yang bersangkut rapat dengan syarikat gergasi itu dan iainya dikemudi oleh Jin Kyung (Jo Minsoo). Bagi menumpaskan Forest, dia cuba mendedahkan hal tersebut kepada seluruh dunia tetapi hasratnya itu mendapat tentangan pihak atasan.

Kemudian Jinhee mula mengenali Sojin (Jung Jiso) yang khabarnya dirasuk oleh satu mempunyai satu kuasa luar biasa kerana dirasuk oleh satu semangat asing. Gadis pelik itu juga memberi amaran bahawa Jin Jonghyun tidak mampu dikalahkan oleh undang-undang manusia kerana syaitan di belakangnya adalah sangat kuat.

the cursed

Seterusnya dengan bantuan Sojin, Jinhee menjalankan misinya untuk menumpaskan agenda jahat pemilik Forest itu daripada terus mendatangkan kemusnaham kepada orang ramai.

Rating memuaskan

Kesemua penonton yang setia menantikan drama seram ini sehingga ke episod 8 kini memang puji habis lakonan berkesan yang ditunjukkan oleh pelakon “The Cursed”. Kematian Jo Minsoo pada episod kelmarin membuatkan penonton berdebar sampaikan nama ‘Jo Minsoo’ telah trending di laman carian selepas ianya habis tayangan.

Dengan plotnya yang kian memuncak semua dah tak sabar nak tengok dalang sebenar ditumpaskan lantas menghentikan korban mangsa yang tak bersalah.

Episod ke-8 “The Cursed” mencatat rekod peribadi untuk mereka apabila ia berjaya mencapai purata rating 5.0% iaitu peningkatan 0.8% daripada episod yang sebelumnya. Nampak macam rendah tetapi ia merupakan catatan yang baik untuk drama bergenre seram dan ngeri.

Jangan lupa saksikan “The Cursed” pada setiap Isnin dan Selasa menerusi saluran tvN!

Sumber: FNNEWS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...