Utama Rancangan Hiburan Keluarga Lee Dongguk Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Superman Returns

Keluarga Lee Dongguk Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Superman Returns

lee dongguk tinggalkan superman returns

Sesiapa yang suka tengok saluran KBS World di Astro pasti pernah dengar tentang rancangan hiburan keluarga di Korea iaitu “Superman Returns”? Kalau anda nak tahu, rancangan ini membawa kisah anak-anak selebriti yang dijaga sepenuhnya oleh si ayah apabila si ibu tiada di rumah untuk beberapa hari. Memang kelakar habis sebab dapat lihat kekalutan geng bapa-bapa menguruskan rumah tangga selain dapat melihat keletah comel anak-anak mereka.

Antara keluarga yang menjadi kegemaran ramai dalam rancangan itu ialah Lee Dongguk yang merupakan pemain bola sepak Korea yang terkenal kerana kecekapannya bermain sukan itu. Tetapi yang menarik hati penonton adalah ragam anak-anaknya yang comel. Dengan dua pasang anak kembar perempuan iaitu pasangan kembar pertama iaitu Jaeah dan Jaesi, pasangan kembar kedua iaitu Seolah dan Sooah ditambah pula dengan seorang anak lelaki bongsu iaitu Sian ataupun lebih mesra dipanggil Daebak. Memang meriah sungguh keluarga mereka!

lee dongguk tinggalkan superman returns

Tapi jangan bersedih wahai penonton setia rancangan “Superman Returns” ini kerana isteri Lee Dongguk iaitu Lee Soojin baru sahaja memuat naik satu entri di Instagramnya menyatakan bahawa keluarga mereka bakal meninggalkan rancangan itu.

“Hello, saya menulis entri untuk mengucapkan selamat tinggal kerana kami semua akan meninggalkan “Superman Returns”. Kami telah menghabiskan penggambaran terakhir untuk rancangan ini di kepulauan Jeju dengan rasa hiba dan sedih. Kini, hanya tinggal episod terakhir bersama lima beradik yang tinggal untuk ditayangkan.

“Kami ingin menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang yang diberikan oleh anda kepada lima beradik ini. Kami berasa sangat gembira dan seronok kerana mendapat sokongan daripada ramai orang. Bagi membalas rasa sayang yang kami akan simpan dalam hati kami untuk selamanya, kami akan membesar dengan baiknya.

lee dongguk tinggalkan superman returns

“Ucapan istimewa kepada Kumpulan Dong atas dedikasi anda, anda telah merancang, merakam dan menyunting siang dan malam supaya lima beradik ini mendapat kasih sayang yang banyak daripada semua orang. Anda telah bersama dengan kami sejak mulanya. Berapa juta ucapan terima kasih pun tidak akan dapat membalas apa yang telah anda lakukan kepada kami.

“Kami berkongsi gelak ketawa dan tangisan dengan “Superman Returns”. Perjalanan ini adalah sangat indah. Apabila melihat semula, sangat menakjubkan apabila anda semua telah membuatkan kami rasa istimewa untuk beberapa tahun itu. Sekali lagi, kami sangat menghargai kasih sayang dan soongan yang ditunjukkan oleh anda.”

Ibu kepada lima beradik itu juga telah memuat naik video kenangan mereka dalam rancangan itu dengan rakaman ucapan terima kasig daripada Seolah, Sooah dan Sian.

 

 

View this post on Instagram

 

안녕하세요

Loading...