Sukanya tengok keluarga bahagia pasangan Ji-sung dan Lee Bo-young!
Terbaru pada 27 September, Lee Bo-young dan Ji-sung telah memuat naik foto keluarga bersama dengan dua orang anak mereka, beserta kapsyen yang ditulis,
2023.09.27, dari dua hingga empat.
Dalam foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah gembira pasangan itu bersama dengan anak kesayangan mereka, yang nampaknya sudah hampir meningkat remaja.
Meskipun wajah anak mereka ditutup namun, ramai yang gembira melihat keluarga bahagia itu dan menulis komen,
Tahniah atas ulang tahun perkahwinan awak yang ke-10!
Semoga keluarga awak bahagia seumur hidup.
Foto keluarga ini sangat cantik.
Semoga terus berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.