Utama Rancangan Hiburan Kelakar Habis! ‘Sixth Sense’ Dilapor Bakal Kembali Dengan Musim Kedua Tak Lama...

Kelakar Habis! ‘Sixth Sense’ Dilapor Bakal Kembali Dengan Musim Kedua Tak Lama Lagi

episod akhir the sixth sense

Rasanya ramai yang dah rindu dengan gelagat adik-beradik perempuan dan abang sulung Yoo Jae-suk dalam rancangan “Sixth Sense” kan?

Berita gembira buat anda! Dikhabarkan bahawa program tvN itu akan kembali untuk musim kedua tak lama lagi.

Dihoskan oleh Yoo Jae-suk dan disertai oleh Jun So-min, Jessi, Oh Na-ra dan Mi-joo (Lovelyz), rancangan ini membawa mereka dan tetamu undangan untuk mencari yang mana yang benar disebalik beberapa yang salah. Tak kisahlah daripada aspek figura, makanan mahupun inovasi baru.

tvn sixth sense

Pertama kali ditayangkan pada September tahun lepas, kombinasi mereka serta tema unik “Sixth Sense” ternyata berjaya memukau penonton selain mendapat rating yang baik sepanjang tayangannya.

Khabarnya, musim kedua “Sixth Sense” akn memulakan tayangan pada April nanti dan kesemua ahli asal akan kembali bersama untuk 12 episod nanti.

Siapa yang belum layan “Sixth Sense”, memang wajib marathon sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERIlgan Sports
Loading...