Ikuti Kami:

Kelakar Habis, ‘One The Woman’ Mula Dengan Rating Memuaskan

Kelakar Habis, ‘One The Woman’ Mula Dengan Rating Memuaskan

“One The Woman” nyata tak menghampakan apabila ianya menunjukkan permulaan yang baik.

Sinopsis

Drama komedi “One The Woman” di mana ia membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan. Seorang ialah merupakan menantu kepada keluarga kaya manakala seorang lagi ialah pendakwaraya korup.

Kelakar dan misteri

[Amaran SPOILER]

Penonton disajikan dengan insiden di mana seorang pendakwa raya, Jo Yeon-joo yang hilang ingatan selepas dilanggar dan tanpa sengaja tertukar identiti sebagai menantu keluarga kaya. Pada awalnya berasa bahagia, namun ianya berubah apabila waniat itu rupanya mempunyai ibu mertua yang kuat membuli selain suami yang bermain kayu tiga.sbs one the womanWanita itu yang merupakan seorang penurut sahaja nyata menimbulkan rasa terkejut bagi keluarga iparnya apabila dia mula melawan dan bercakap bahasa asing seperti Inggeris, Perancis dan Vietnam. Bahkan dia mula siasatan bagi mencari siapakah dalang di sebalik insiden kemalangan itu dan mengapa dia boleh tertukar tempat dengan Kang Min-na.

Rating memberangsangkan

Terbukti menjadi bualan ramai, “One The Woman” meraih rating sebanyak 8.2% untuk episod pertama namun sedikit menurun untuk episod kedua, 7.1%. Walaubagaimanapun catatan rating itu nyata tinggi bagi sebuah drama yang baru mengorak langkahnya.sbs one the womanKalau nak gelak sepanjang masa, anda memang kena layan “One The Woman”. Mesti tak rugi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...