Ikuti Kami:

Kekasih Atau Cinta Baru? Lihat Pilihan Jang Kiyong Dalam Filem Romantik ‘Sweet & Sour’ Di Netflix 4 Jun Ini

Kekasih Atau Cinta Baru? Lihat Pilihan Jang Kiyong Dalam Filem Romantik ‘Sweet & Sour’ Di Netflix 4 Jun Ini

“Sweet And Sour” membawa cerita seorang lelaki bernama Jang Hyuk (Jang Ki-young) yang mahukan kedua-dua cinta dan kerja, Da-eun (Chae Soo-bin) iaitu teman wanitanya dan Bo-yeong (Krystal) iaitu wanita yang ditemuinya dalam satu persekitaran baru. Ianya digamabarkan sebagai sebuah naskhah komedi romantik menyegarkan mengenai hubungan rumit di antara tiga orang individu dengan emosi yang berbeza.

Kisah bermula apabila Jang Hyuk dan Jung Da-eun terpaksa menjalani hubungan jarak jauh apabila lelaki itu mendapat tawaran kerja baru. Hubungan yang suatu ketika dahulu manis berubah 180 darjah apabila jarak tersebut memberikan impak yang besar kepada keduanya.

netflix sweet and sourMalah, Jang Hyuk turut diuji dengan godaan apabila rakan sekerja barunya, Han Bo-yeong menunjukkan perasaan suka kepadanya. Meskipun menolak pada awalnya, namun wanita nyata meninggalkan kesan kepadanya sampaikan dia tersalah panggil nama kekasihnya sebagai Bo-yeong.

netflix sweet and sour

Baca sinopsis sahaja, dah boleh rasa geram tu kan? Agaknya siapalah yang jadi pilihan Jang Hyuk, Da-eun ke Bo-yeong? Jadi kalau nak tahu kesudahannya, jangan lupa tonton filem “Sweet And Sour” secara eksklusif di Netflix pada 4 Jun nanti tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...