Ikuti Kami:

Kekal Tampan, Foto Lee Dongwook Ketika Awal Debut Kembali Tular

Kekal Tampan, Foto Lee Dongwook Ketika Awal Debut Kembali Tular

Lee Dong-wook memang tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti Korea Selatan yang kacak dan mempunyai aura seorang pelakon yang kuat.

Untuk pengetahuan, selepas hampir tiga tahun, Lee Dong-wook akan kembali menemui penonton dengan wataknya sebagai Lee Yeon menerusi “Tale Of The Nine-Tailed 1938”.

Teruja melihat penampilan kacak pelakon lelaki itu dalam poster yang dikeluarkan, netizen telah mengimbas kembali foto-foto Lee Dong-wook dari waktu debutnya pada tahun 1999 hingga sekarang.

Khususnya transformasi visual Lee Dong-wook sentiasa menjadi topik hangat dan telah membuatkan orang ramai terpikat dek wajah manis dan tampannya yang tidak pernah berubah.

lee dongwook

Dalam salah satu foto yang dikongsi, penampilan Lee Dong-wook telah meraih perhatian ramai dengan auranya seperti seorang pelakon meskipun pada umur yang masih muda.

Sementara itu, netizen juga telah meninggalkan komen seperti,

Dulu pun dia dah kacak. Saya suka sangat dia masa dalam ‘My Girl’, tapi sekarang dia sangat kacak.

 

Bibir dia memang merah jambu sejak dulu. Saya iri pada awak.

 

Nampak sangat berat badan dia dah turun.

Dari dulu sampai sekarang memang kacak Lee Dong-wook ni, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...