Kekal Popular Sejak 2018, Klip ‘What’s Wrong With Secretary Kim?’ Tiba-Tiba Raih 100 Juta Tontonan Dalam Sebulan

klip video what's wrong with secretary kim raih 200 juta tontonan

Siapa ingat drama “What’s Wrong With Secretary Kim?” yang dibintangi oleh Park Seo-joon dan Park Min-young pada tahun 2018? Tak sangka rupanya ianya masih popular sehingga ke hari ini!

Drama tersebut membawa kisah (Park Seo-joon) yang bijak dan kacak tetapi merupakan seorang presiden syarikat yang sombong bersama (Park Min-young) iaitu setiausahanya yang berkemharian tinggi dan sudah pun berkhidmat dengan lamanya. Apabila wanita itu mengumumkan bahawa dia ingin berhenti untuk memberi fokus kepada hidupnya sendiri, lelaki itu nekad untuk meyakinkannya supaya terus bekerja.

Langsung tak dapat disangkal keserasian yang ditonjolkan oleh kedua pelakon itu sampaikan satu klip mereka berdua kini sudah pun mencapai lebih 200 juta tontonan di YouTube. Ia adalah sedutan babak mesra di antara mereka di mana ia mencatatkan 100 juta tontonan pada 9 Ogos namun terus melambung ke 200 juta tontonan pada 7 September. Bermakna video itu meraih 100 juta tontonan dalam masa sebulan sahaja.

klip video what's wrong with secretary kim raih 200 juta tontonan

Satu outlet media melaporkan bahawa ia mungkin disebabkan oleh arahan tinggal di rumah bagi membendung pandemik COVID-19 sehingga membuatkan ramai penonton yang mula mencari drama lama untuk ditonton semula.

Mungkin juga ramai yang mula mencari video tersebut kerana drama “What’s Wrong With Secretary Kim?” selepas hak tayangannya dibeli lebih daripada negara luar. Bahkan populariti Park Seo-joon turut mula meningkat di Jepun sejak dia berlakon dalam “Itaewon Class” sehingga membuatkan lebih ramai yang menonton drama lama lakonannya.

klip video what's wrong with secretary kim raih 200 juta tontonan

Syarikat produksi Studio Dragon turut meluahkan rasa berterima kasih dek perhatian ramai yang kian meningkat buat drama itu selain seronok kerana drama Korea mendapat tempat di hati ramai penonton luar.

Dahsyat betul penangan gabungan Park Seo-joon dan Park Min-young kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply