Ikuti Kami:

Kekal Diam Lepas Dikecam, Seo Yeji Ungguli Undian Pelakon Wanita Popular Anugerah Baeksang Ke-57

Kekal Diam Lepas Dikecam, Seo Yeji Ungguli Undian Pelakon Wanita Popular Anugerah Baeksang Ke-57

Sudah sebulan berlalu selepas beberapa kontroversi yang terpalit ke atas pelakon Seo Ye-ji, namun wanita itu memilih untuk kekal diam sehingga kini.

Pun begitu, kepopularitiannya masih belum pudar meskipun menerima pelbagai kritikan apabila namanya duduk selesa di tempat pertama pada ranking ‘Anugerah Populariti TikTok’ bagi kategori pelakon wanita untuk Anugerah Baeksang ke-57.

Baru beberapa jam sahaja dibuka, dia sudah mendahului dengan undian sebanyak 57,520 dan diikuti dengan Shin Hye-sun dan Kim So-hyun. Undian ini dijangka akan berlangsung sehingga 10 Mei nanti.

seo yeji

Bagi kategori pelakon lelaki pula, Kim Seon-ho kini menduduki tempat pertama dan diikuti oleh Song Joong-ki dan Kim Soo-hyun.

Peminat Seo Ye-ji akan terus berjuang okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...