Ikuti Kami:

“Kekal Cantik” – Sambut Hari Jadi Pertama Sebagai Ibu, Penampilan Comel Park Shinhye Jadi Perhatian

“Kekal Cantik” – Sambut Hari Jadi Pertama Sebagai Ibu, Penampilan Comel Park Shinhye Jadi Perhatian

Sedar tak sedar, pelakon kanak-kanak yang menghiasi drama “Stairway To Heaven” dahulu sudah pun bergelar ibu kini.

Bahkan siapa sangka peminat K-Drama membesar bersama wanita itu dan menemaninya menerajui pelbagai drama popular seperti “Doctors”, “The Heirs”, “Sisyphus: The Myth”, “Memories Of Alhambra” dan banyak lagi hingga kini.

Terbaru, wanita itu telah menyambut meriah ulang tahun ke-33 menerusi beberapa entri di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박신혜/Shin Hye Park (@ssinz7)

Malah dia turut memuat naik beberapa siri gambar dan mengumumkan projek foto bulanan hingga penghujung tahunan ini bagi berkongsi kehidupan sehariannya.

Melihatkan konsep foto naif yang diterapkan untuk bulan pertama ini, ramai yang meluahkan rasa kagum kerana tidak menyangka bahawa Park Shin-hye sebenarnya merupakan ibu kepada seorang anak.

park shinhye

Terdahulu, Park Shin-hye berkahwin dengan Choi Tae-joon pada tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki beberapa bulan kemudian.

Geram tengok pipi Park Shin-hye~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...