Utama K-Trending Kedai Serbaneka Emart24 Umum Kolaborasi Kali Kedua Bersama TREASURE

Kedai Serbaneka Emart24 Umum Kolaborasi Kali Kedua Bersama TREASURE

treasure

Ada berita gembira buat semua peminat makanan Korea dan juga kumpulan TREASURE!

Pada 27 Julai, kedai serbaneka yang menjual makanan berasaskan Korea iaitu Emart24, telah mengumumkan kerjasama mereka bersama TREASURE pada Ogos ini.

Dalam entri yang dimuat naik di Instagram, Emart24 Malaysia mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan pelbagai jenis produk kolaborasi bersama kumpulan popular itu.

treasure emart

Untuk pengetahuan, ini juga merupakan kali kedua TREASURE berkolaborasi dengan Emart24 selepas kerjasama mereka yang pertama pada Mei lepas. Pada ketika itu, Emart24 telah melancarkan dua produk termasuk ‘hamburger’ dan ‘samgak kimbap’ (kimbap berbentuk segi tiga), yang direka dengan gambar ahli TREASURE dan logo kumpulan.

Meskipun butiran lanjut mengenai produk yang akan dilancarkan masih belum didedahkan, namun peminat boleh bersiap sedia untuk sesuatu yang menarik.

Jangan lupa serbu Emart24 pada 7 Ogos nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...