Sudah sekain lama tak nampak Daesung BIGBANG aktif dalam rancangan hiburan kan?
Terbaru, idola itu yang aktif bergerak solo kini telah melakukan kemunculan istimewa dalam “How Do You Play” bersama senior yang baik dengannya iaitu Yoo Jae-suk.
Walau bagaimanapun, ada segelintir penonton yang menyuarakan perasaan kurang senang dengan kehadiran Daesung dalam rancangan di stesen penyiaran awam tersebut. Selar mereka, lelaki itu tak sepatutnya menonjolkan wajahnya buat tontonan ramai atas kesalahan lalu.
Antara komen yang ditinggalkan,
Dae-sung sangat pandai menyesuaikan diri dalam rancangan hiburan. Saya harap dia terus aktif.
Saya gembira melihat kombinasi Yoo Jae-suk dan Dae-sung.
Mereka sangat pandai bermain tarik tali dan berlagak seperti anjing dan kucing.
Ada sebab ke perlu jemput Dae-sung?
Kecewanya dengan Yoo Jae-suk.
Ada lagi kan selebriti lain yang lebih kelakar dari Dae-sung? Kenapa kena jemput selebriti ada kontroversi.
Bagi yang tidak mengetahui, ahli BIGBANG itu pernah menerima kritikan ramai apabila memandu di Jambatan Yanghwa dan melanggar seorang penunggang motorsikal hingga meragut nyawanya pada 2011. Pun begitu, keluarga mangsa sudah pun memaafkan Dae-sung dan memberikan kata-kata semangat terhadap idola itu.
Pada 2019 pula, kontroversi terungkap apabila bisnes hiburan haram dan pelacuran ditangkap beroperasi di bangunan yang dimiliki Dae-sung. Pada masa yang sama, pihak polis mengesahkan bahawa idola tersebut tidak mengetahui apa-apa mengenai perniagaan itu.
Benda dah lepas kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.