Ikuti Kami:

“Kebolehan Pendengaran Akan Didedahkan” – Penulis Dedah Musim Ke-5 Ialah Penamat Siri ‘Voice’?

“Kebolehan Pendengaran Akan Didedahkan” – Penulis Dedah Musim Ke-5 Ialah Penamat Siri ‘Voice’?

Berlangsung selama 4 musim, “Voice” tanpa gagal berjaya meraih jumlah penonton yang ramai sehingga kini.

Bahkan siri thriller itu akan membawa ke musim ke-5 selepas pengakhiran musim lalu meninggalkan banyak persoalan buat penonton.

Baru-baru ini, penulis Ma Jin-won telah ditemubual mengenai “Voice 4”. Apabila ditanya mengenai apa yang boleh dijangka dalam musim ke-5, ini responnya,

Musim ke-5 adalah cerita paling penting buat ‘Voice’, di mana rahsia mengenai kebolehan pendengaran Kang Kwon-ju akan didedahkan termasuklah pandangan dunia daripada musim pertama hingga kelima mungkin akan sampai ke penghujungnya.

voice 5Rata-rata penonton tidak sabar menantikan musim terbaru siri ini memandangkan musim ke-4 meninggalkan mereka dengan pelbagai persoalan mengani kemunculan F Child Nursing Hospital, Fabre Lab, dan Bang Je-su (Lee Yool).

Walaubagaimanapun, penulis Ma Jin-won menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pasti mengenai jadual musim ke-5 nanti. Ini kerana terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti jadual kerja pelakon dan kondisi produksi.

Apa pun, pasti ramai yang dah tak sabar menunggu “Voice 5” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...