Meskipun menerima komen negatif, walau bagaimanapun pengarah “Squid Game 2” hanya mempunyai pujian buat T.O.P.

Dalam temubual bersama pengarah tersebut bersama majalah ‘People’, dia sempat berkongsi mengenai lakonan dan sebab pemilihan bekas ahli BIGBANG itu dalam siri berkenaan.
Secara khusus, dia memegang watak sebagai seorang rapper dan pengguna dadah. Dalam beberapa cara, saya fikir ia memerlukan keberanian yang besar bagi Choi Seung-hyun untuk mengambil peranan ini, terutamanya kerana watak itu mempunyai banyak persamaan negatif dengan pengalamannya sendiri. Saya percaya ia memerlukan banyak keberanian untuk memasuki watak tersebut.
Jelas Hwang Do-hyuk turut berkata,
Walaupun dia berehat panjang, sebagai seorang pengarah, saya mendapati lakonannya sangat mengagumkan, dan saya amat berpuas hati dengan cara dia menggambarkan watak itu.
Sebelum ini, T.O.P menerima respon negatif daripada penonton selepas “Squid Game 2” ditayangkan. Ramai yang mengkritik gerak-gerinya yang berlebihan, sebutan yang canggung, serta gambaran watak rapper yang dianggap ketinggalan zaman, menyebabkan reaksi pra-kontra terhadap persembahannya.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.