Ikuti Kami:

Keadaan Tidak Mengizinkan, SOLIA Bubar Selepas 5 Hari Sahaja Jadi Kumpulan K-Pop

Keadaan Tidak Mengizinkan, SOLIA Bubar Selepas 5 Hari Sahaja Jadi Kumpulan K-Pop

Tak pernah berlaku rasanya apabila kumpulan K-Pop hanya mampu bertahan selama 5 hari sahaja!

Baru-baru ini, SOLIA mengumumkan pembuburan kumpulan mereka selepas hanya beberapa hari bertapak dalam industri hiburan.

Untuk pengetahuan, mereka ialah kumpulan wanita dengan 5 ahli dan baru sahaja meriliskan album debut bertajuk “DREAM” pada 17 Ogos. Meskipun kumpulan itu sudah pun kerap berkongsi ‘update’ sejak 16 Jun namun SOLIA secara rasminya, baru 5 hari membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi K-Pop.

Berita mengejutkan itu diumumkan menerusi satu kenyataan daripada agensi mereka, Space Music Entertainment kelmarin,

Hello, ini ialah SOLIA. Kami memohon maaf kerana mengejutkan anda dengan berita buruk ini.

Disebabkan oleh keadaan, syarikat tidak mampu lagi membiarkan SOLIA terus aktif, jadi kami akan menyelesaikan aktiviti mereka selepas melakukan perbincangan panjang. Ia merupakan tempoh yang singkat, namun kami mahu berterima kasih dan memohon maaf kepada peminat yang meyokong dan menyayangi kami sepanjang tempoh tersebut.

Jikalau anda ingin tahu mengenai aktiviti individu setiap ahli ataupun kehidupan mereka, sila ikuti mereka di laman Instagram masing-masing. Sekali lagi, kami memohon maaf kepada peminat.

solia bubarBukan ini sahaja, setiap daripada ahli SOLIA turut meminta maaf kepada peminat menerusi entri yang dibuat di laman media sosial masing-masing.

Kata Soree,

Meskipun sedih kerana tempoh yang singkat bersama, saya mampu melakukan promosi dengan gembira kerana ahli lain dan juga peminat yang menyokong kami. Terima kasih kerana memberikan sokongan dan perhatian walaupun saya mempunyai banyak kekurangan! Meskipun masa saya sebagai Soree SOLIA sudah tamat, sila sokong saya pada masa hadapan juga.

Luah Sun-a pula,

Meskipun waktu dihabiskan sebagai Sun-a SOLIA tidak panjang saya bersyukur kerana menerima kasih sayang yang banyak. Saya menerima banyak mesej terus (DM) daripada peminat antarabangsa dan saya membaca kesemuanya. Terima kasih banyak. Walaupun terpaksa menyelesaikan segalanya.. sila dengar lagu ‘DREAM’ dan memberikannya perhatian yang banyak. Saya akan aktif di Instagram kini, jadi lihat perkembangan saya.

Eun-bi pula berkongsi mesej dalam bahasa Inggeris,

Terima kasih dan saya minta maaf. Saya sayangkan semua sangat.

Kongsi Ju-yeon,

Sangat malang, tapi saya berterima kasih kepada semua yang menyokong kami. Ini terjadi kerana keadaan dalaman, jadi saya harapkan semua tidak bersedih kerananya. Saya sentiasa melihat DM yang dihantar peminat yang mengatakan mereka akan terus menyokong saya, jadi jangan terlalu risau.

Semoga mereka tabah hadapi semua ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...