Ikuti Kami:

KBS Tangguh Produksi Drama Dek Kes COVID-19 Menaik, ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ Tunda Tayangan Episod Pertama

KBS Tangguh Produksi Drama Dek Kes COVID-19 Menaik, ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ Tunda Tayangan Episod Pertama

Selepas JTBC membuat keputusan untuk menghentikan buat sementara waktu penggambaran buat drama di bawah seliaan mereka, nampaknya stesen penyiaran KBS juga telah mengikut langkah yang sama.

Bagi memastikan keselamatan kesemua kakitangan dan pelakon dek peningkatan jumlah kes COVID-19, kami telah menangguhkan produksi drama seperti ‘Do Do Sol Sol La La Sol’, ‘If You Cheat You Die’, ‘New Inspector’, ‘Oh! Sam Kwang Villa’ dan ‘Secret Man’.

kbs dol dol sol sol la sol

Bahkan drama lakonan Go A-ra dan Lee Jae-wook juga terpaksa menangguhkan tayangan episod pertama yang sepatutnya dijadualkan menemui penonton pada 26 Ogos nanti.

Waktu tayangan bagi drama termasuk ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ yang sepatutnya dijadualkan menayangkan episod pertamanya pada 26 Ogos terpaksa ditangguhkan. Drama bersiri yang sedang ditayangkan iaitu ‘Secret Man’ akan ditunda seminggu. Kesemua jadual tayangan bagi drama berkemungkinan akan berubah mengikut situasi COVID-19 ini.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat setiap kakitangan dan pelakon dalam produksi drama yang sedang berjalan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...