Ikuti Kami:

Kazuha LE SSERAFIM Akui Ingin Jadi Idola K-Pop Selepas Lihat Persembahan BLACKPINK 

Kazuha LE SSERAFIM Akui Ingin Jadi Idola K-Pop Selepas Lihat Persembahan BLACKPINK 

BLACKPINK memang tidak dinafikan antara kumpulan yang banyak memberikan inspirasi buat idola K-Pop di luar sana.

Baru-baru ini, Kazuha dari kumpulan LE SSERAFIM telah berkongsi mengapa dia berasa begitu terharu ketika membuat persembahan di Anugerah MAMA 2022, yang diadakan di Kyocera Dome di Osaka, Jepun.

Pada 13 Disember, video disebalik tabir MAMA telah dikeluarkan, menampilkan persediaan LE SSERAFIM untuk persembahan mereka. Semasa menunggu giliran untuk raptai, Kazuha tersenyum dan berkongsi pada Yun-jin,

Saya pernah melihat persembahan di sini sebelum ini.

Terkejut dengan kenyataan itu, Yun-jin bertanya,

Betul ke? Adakah awak menonton persembahan balet di sini?

Kazuha menjawab,

Tidak, saya tonton persembahan BLACKPIK di sini pada 2018. Saya duduk di tempat hadapan penonton.

Sebelum ini, Kazuha memang tidak pernah malu untuk menyatakan kekagumannya terhadap BLACKPINK dan turut berkongsi bahawa muzik mereka adalah sebab dia mula mempunyai minat terhadap dunia K-Pop.

Bukan itu sahaja, Kazuha juga pernah mendedahkan bahawa BLACKPINK adalah model peranannya dan dia mempunyai impian untuk menjadi idola K-Pop selepas melihat persembahan BLACKPINK di ‘Arena Tour 2018: Special Final in Kyocera Dome Osaka’.

Akhirnya, impian Kazuha tercapai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...