Baru-baru ini, Kim Young-dae dilapor telah menerima tawaran untuk memainkan watak sebagai chaebol dalam siri baru berjudul “Let’s Go To The Moon”.
Jika dia menerima tawaran itu, Kim Young-dae dijangka akan menemui penonton dengan wataknya sebagai Ham Ji-woo, seorang pengarah pasukan data besar dan chaebol yang mahir dalam tugasnya. Kemudian, dia juga akan tampil menunjukkan keserasian romantik bersama Lee Sun-bin dalam drama tersebut.
Meninjau di laman X, ramai rata-rata kecewa kerana Kim Young-dae kerap dipilih untuk membawa watak utama, meskipun lakonannya sering dikritik dalam beberapa naskhah sebelum ini.
“actors” clearly lacking in acting skills being booked left and right while the talented ones are unemployed we are being robbed https://t.co/I69dWcBRij
— sway☆ (@hajoonist_) October 25, 2024
Tambahan pula, Kim Young-dae sering digandingkan dengan pelakon wanita yang lebih tua dan ‘senior’, didakwa tidak setanding dengan bakatnya.
Hmm, apa kata korang pula?