Ikuti Kami:

Kangta & Jung Yoomi Sah Bercinta, Netizen Bantah Kerana Kisah Skandal Curang Lelaki Itu Dengan Ramai Wanita!

Kangta & Jung Yoomi Sah Bercinta, Netizen Bantah Kerana Kisah Skandal Curang Lelaki Itu Dengan Ramai Wanita!

Baru masuk bulan Februari 2020 tetapi dah macam-macam kisah ‘panas’ yang berlaku dalam industri hiburan Korea. Berita perkahwinan idola, kisah perkahwinan pelakon, sibuk betul para wartawan nak laporkan semua kisah ini! Suatu masa dahulu, seorang pelakon wanita iaitu Jung Yoomi telah dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan bekas idola popular zaman 90-an iaitu Kangta daripada kumpulan H.O.T. Walaubagaimanapun, kedua-dua agensi naungan mereka telah menafikan khabar angin tersebut.

Tetapi pada pagi ini, kecoh kembali mengenai gosip percintaan kedua selebriti ini. Setelah meminta pengesahan daripada pihak Kangta dan Jung Yoomi, akhirnya keduanya mengakui bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Mengaku pun!

kangta dan jung yoomi

Namun begitu, kebanyakan netizen Korea tak menyambut baik langsung berita gembira ini. Nak tahu kenapa? Ini kerana kisah Kangta yang merupakan seorang ‘kaki perempuan’ dah lama menjadi buah mulut orang ramai. Jadi, rata-ratanya memarahi Jung Yoomi kerana mahu bersama lelaki itu walhal semua orang tahu cerita buruknya.

Skandal Kangta dan wanita lain

Kisah skandal ini bermula apabila satu khabar angin bertiupan pada tahun lepas mengatakan bahawa Kangta dan Jung Yoomi merupakan pasangan kekasih yang sudah bertemu janji selama 2 tahun namun kedua-dua agensi mereka telah menidakkan cerita ini.

Beberapa hari selepas itu, seorang model kereta lumba iaitu Woo Jooahn ‘tanpa sengaja’ telah memuat naik video intimnya bersama Kangta di sebuah sauna, siap tag lagi akaun Instagram rasmi lelaki itu. Namun, dia telah memadamnya tetapi netizen lebih pantas dan rakaman itu telah tersebar ke seluruh laman komuniti Korea.

kangta dan woo jooahn

SM Entertainment iaitu agensi naungan Kangta mendedahkan bahawa memang benar artis mereka itu pernah bercinta dengan model kereta lumba tersebut tetapi mereka sudah pun berpisah. Woo Jooahn pula kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa dia tersilap memuat naik video dan memohon maaf kepada semua orang.

Oh Jungyeon dedah kecurangan Kangta

Ingatkan tamat sampai situ sahaja, rupanya seorang lagi wanita yang juga merupakan selebriti iaitu Oh Jungyeon telah mendedahkan menerusi laman Instagramnya bahawa dia pernah bercinta dengan Kangta namun lelaki itu telah mencuranginya. Wanita itu meluahkan rasa terkejutnya apabila melihat nama Kangta dan Woo Jooahn memenuhi ranking carian di laman komuniti selain meninggalkan klu bahawa dia berasa trauma melihat nama mereka berdua.

kangta dan oh jungyeon

Dalam kapsyennya lagi, dia melahirkan rasa kesalnya dan menpersoalkan apakah perasaan seseorang itu apabila terlihat teman lelaki yang anda sudah kasihi selama 6 bulan berada atas katil bersama perempuan lain. Oh Jungyeon juga menambah bahawa lelaki itu mengatakan bahawa dia mahu tidur awal tetapi sebenarnya dia meluangkan masa dengan perempuan lain.

Kangta mohon maaf

Walaupun kedua-dua Woo Jooahn dan Kangta tidak memberikan kenyataan balas kepada pendedahan Oh Jungyeon tetapi lelaki itu telah membatalkan pengeluaran lagu barunya pada ketika itu. Idola 90-an itu juga telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya bagi meminta maaf terhadap perlakuan tidak sensitifnya itu.

kangta

Dia memohon maaf kepada para peminatnya dan juga pihak lain yang terlibat sama. Kangta mengaku bahawa semuanya terjadi kerana kekurangan dan kecuaiannya sendiri. Selain itu, dia juga akan muhasabah diri untuk menjadi seorang lelaki yang lebih matang selepas ini.

Netizen kesiankan Jung Yoomi

Selepas Jung Yoomi dan Kangta mengakui sedang bercinta, ramai netizen yang menzahirkan rasa kesal dan kasihan. Bagi mereka, Jung Yoomi boleh mendapatkan lelaki yang lebih baik lagi daripada ‘buaya darat’ Kangta!

Jung Yoomi, tolonglah ada standard yang lebih elok ketika pilih lelaki…

 

Jung Yoomi… tolonglah sedar.

 

Saya ingatkan Jung Yoomi akan lebih bijak daripada ini tetapi rupanya tidak. Saya selalu perasan wanita yang sukakan lelaki seperti ini punyai kehidupan yang kacau-bilau dan selalu disakiti. Janganlah Kangta tahan dia dan lepaskan sahaja dia pergi.

 

Lelaki ini langsung tak boleh tiada perempuan walaupun seminit… tsk. Bukankah dia kata yang dia akan muhasabah diri selepas skandal curangnya dahulu?

 

Kuatnya mental Jung Yoomi.

 

Kenapa nak bercinta dengan lelaki seperti dia… dia boleh dapatkan yang lebih baik.

Kita sebagai pemerhati, nak bagi komen panjang pun tak boleh kan? Harapnya pasangan Kangta dan Jung Yoomi ini bahagia sehingga ke akhirnya!

Sumber: E!Online, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...