Ikuti Kami:

Kang Seungyoon WINNER & Ramai Lagi Bakal Terajui Drama ‘Season Of Panties’

Kang Seungyoon WINNER & Ramai Lagi Bakal Terajui Drama ‘Season Of Panties’

Pelakon Kang Seung-yoon bakal tampil dalam drama “Season Of Panties” tidak lama lagi!

“Season Of Panties” merupakan satu drama yang diarahkan oleh pengarah, Choi Jeong-eun. Drama ini mengisahkan mengenai seorang lelaki muda yang tidak mempercayai kebenaran dan realiti lalu bertemu dengan presiden syarikat seluar, Don Quixote dan juga pembantunya, Sancho. Kang Seung-yoon bakal tampil dalam drama tersebut di samping Choi Jae-seop, Kang Seong-hoon dan Woo Min-gyu yang bakal mempamerkan cabaran kehidupan masing-masing dalam setiap episod. season of pantiesKang Seung-yoon bakal menggalas watak sebagai Ban Sang-woo yang mempunyai perangai semula jadi yang tenang, tetapi menjadi sinis dan rasional kerana waktu dia membesar dan juga persekitaran.

Kang Seung-yoon sebelum ini telah mengukuhkan pengalaman lakonannya melalui drama “Voice Season 4”, “Kairos”, dan “Wise Prison Life”, menimbulkan lagi jangkaan tentang bagaimana dia akan menggambarkan perubahan lakonan yang berlawanan dan tidak pandai mengekspresikan emosi.kang seungyoon“Season Of Panties” dilihat sebagai satu drama yang pastinya akan membuat penonton tidak kering gusi kerana mempunyai genre kelakar dan juga suasana yang unik.

Drama ini bakal menemui penonton pada Oktober ini.

Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...