Ikuti Kami:

Kang Haneul & Lee Yooyoung Sah Terajui Drama Saspens Perundangan ‘Insider’

Kang Haneul & Lee Yooyoung Sah Terajui Drama Saspens Perundangan ‘Insider’

Teruja betul apabila tengok line-up pelakon utama “Insider”!

Kang Ha-neul akan berlakon sebagai Kim Yo-han iaitu seorang pelatih perundangan yang mempunyai ekspresi muka yang sama sahaja dan pelik. Dia kemudiannya tanpa sengaja terlibat dalam satu insiden semasa siasatan dan menjalani satu situasi yang genting. Selepas dihumban ke dalam penjara, lelaki itu mula merencana pelan balas dendam terhadap pengkhianatan yang dilaluinya.

Lee Yoo-young bakal membawa watak Oh Soo-yeon, seorang ahli perniagaan tersembunyi. Dia merupakan satu figura yang mempunyai pengaruh kuat terhadap wang dan ‘kabel’. Sedar dengan kemampuan Kim Yo-han, wanita itu menjanjikan satu tawaran lumayan supaya dia dapat mencapai kehendaknya sendiri.kang haneul dan lee yooyoungKhabarnya, drama saspens ini akan menemui penonton pada separuh kedua tahun 2021 menerusi JTBC.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...