Kim Jong-min dah nak kahwin? Eh… biar betul… Adakah rakan baiknya Kang Ho-dong ada jawapannya?
Kim Jong-min baru-baru ini tampil sebagai tetamu bagi episod ke-9 dalam rancangan hiburan yang diacarakan oleh Kang Ho-dong, “Just Come Out (걍나와)”.
Terdapat satu video teaser untuk rancangan hiburan tersebut yang telah dimuat naik melalui saluran YouTube Naver NOW hari ini. Dalam video teaser tersebut, ada sedutan di mana Kim Jong-min diajukan soalan,
Apakah makna perkahwinan bagi anda?
Kemudian dia menjawab,
Saya tengah memikirkannya, masanya makin hampir.
Teruja dengan jawapan yang diberikan Kim Jong-min, Kang Ho-dong bertanya,
Awak dah cakap sebegini, adakah bermakna awak sudah mempunyai calon?
Kim Jong-min dilihat semakin tertekan dengan soalan yang diajukan terutama sekali mengenai rumah pengantin baru dan juga percutian bulan madu. Malah, dia turut ditanya jika dia sudah pun mempunyai tunang.
Ha, kalau korang nak tahu sama ada Kim Jong-min dah berpunya ke belum.. korang kena tengok lah episod penuh nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.