Ikuti Kami:

“Kami Tinggal Dalam Flat Kecil..” – Lee Sungkyung Tepis Gosip Asal Dari Keluarga Kaya

“Kami Tinggal Dalam Flat Kecil..” – Lee Sungkyung Tepis Gosip Asal Dari Keluarga Kaya

Nampak mewah kini namuan sebenarnya Lee Sung-kyung membesar dalam keluarga yang mengalami masalah kewangan.

Menerusi program “Seri Money Club”, pelakon dan model itu menceritakan hal sebenar di sebalik khabar angin yang mengatakan bahawa dia dibesarkan dengan kemewahan.

Semasa berusia 4 tahun, ayah saya mempunyai kilang namun terdapat kebakaran dan ianya diisytiharkan bankrap. Jadi, kami tinggal dalam flat sebesar 25m persegi sahaja sehingga saya memasuki sekolah menengah.

Malah Lee Sung-kyung mengakui bahawa situasi rumah tersebut membuatkan dirinya malu dengan rakan-rakannya. Kongsinya,

Pada suatu hari, rakan saya datang untuk mengambil payung. Disebabkan ruang yang kecil, kawan saya bertanya, ‘Macam mana awak boleh tinggal dalam rumah ini?’ Saya berasa sangat malu pada ketika itu.

Malah Lee Sung-kyung sering meminta ayahnya meninggalkannya jauh daripada sekolah apabila lelaki tua itu memandu kereta tuanya.lee sungkyungWalaubagaimanapun kondisi kewangan keluarganya, mereka sekeluarga kekal positif. Katanya,

Kami sentiasa positif dan mempunyai impian. Kami mahu berpindah masuk ke rumah sebesar 100 meter persegi, jadi saya melekatkan gambar rumah contoh dan SUV baru. Saya selalu berdoa bersama mereka.

Jelas Lee Sung-kyung belum tentu dia akan gembira sekiranya membesar dalam keluarga yang kaya jadi memori itu merupakan sesuatu yang indah buatnya.

Rasa lebih bermakna apabila Lee Sung-kyung sudah menjadi antara pelakon popular di Korea sekarang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...