Ikuti Kami:

“Kami Tinggal Bersama Sebelum Kahwin..” – Isteri Tua 11 Tahun, Yoo Teo Kongsi Sebab Kahwin Awal

“Kami Tinggal Bersama Sebelum Kahwin..” – Isteri Tua 11 Tahun, Yoo Teo Kongsi Sebab Kahwin Awal

Popular kini dek drama “Love To Hate You” menjadi sebutan ramai, nampaknya Yoo Teo masih lagi sibuk kerana jadual seni yang padat.

Terbaru, lelaki itu muncul bersama pengurusnya dalam program “Omniscient Interfering View”. Bukan sahaja bersembang mengenai hal kerja, Yoo Teo turut menceritakan tentang hubungan bersama isterinya, Niki S. Lee.

Semasa di awal perkahwinan, isteri saya hanya berkahwin dengan penjaga bar dan pelakon kurang popular. Pada ketika itu, saya berjaya menyimpan sekitar 7,000 dollar dan membeli beg berjenama mewah sebagai hadiah perkahwinan. Isteri saya masih menyimpannya hingga kini.

yoo teo niki s lee

Meskipun Niki lebih tua 11 tahun daripadanya, namun Yoo Teo langsung tak kisah mengenai hal itu,

Saya seorang yang tak pandang usia. Saya sukakannya tanpa mengira hal itu kerana saya melihatnya sebagai manusia. Saya tak galakkan semua untuk tinggal bersama sebelum berkahwin tapi saya melakukannya. Selepas hanya dua minggu berkenalan dengan Niki, terdetik di hati saya, ‘Saya mahu mengahwininya’.

yoo teo niki s lee

Untuk pengetahuan, Yoo Teo mengahwini Niki S. Lee iaitu seorang jurugambar seni dan pengarah filem pada tahun 2007.

Sweetnya~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...